Pengenalan

ASEAN Integration 2015 telah meletakkan TVET sebagai agenda utama sistem pendidikan di rantau ini. ASEAN berpandangan pendidikan TVET mampu mengubah taraf sosio-ekonomi sesebuah negara (Paryono, 2013). Mesyuarat Strategic Dialoge of Education Ministers (SDEM) yang telah diadakan pada September 2014 telah menetapkan TVET sebagai salah satu daripada 7 bidang utama pendidikan di rantau Asia Tenggara. Sehingga kini, Politeknik di rantau Asia Tenggara telah memainkan peranan penting dalam menghasilkan tenaga kerja berkualiti dalam bidang teknikal dan profesional untuk memenuhi keperluan pembangunan ekonomi. Pendedahan bersama industri dan pengalaman pembelajaran teknikal di

institusi TVET luar negara merupakan dua strategi penting bagi meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar, pengetahuan teknikal, berdaya saing global, dan meningkatkan peluang kebolehpasaran setelah bergraduat.

 Lanjutan itu, Pada 23 Jun 2021, satu ‘AGREED MINUTES OF MEETING’ (AMM) telah ditandandatangani oleh Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dan Institut Brunei Technical Education (IBTE). Antara skop kerjasama yang tertera adalah:

  1. Perkongsian amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran dan dalam mana-mana bidang lain yang berkaitan
  2. Program pertukaran untuk kakitangan akademik, pakar dan/atau pelajar dalam kursus Teknologi Makanan atau mana-mana kursus
  3. Perkongsian ilmu dan perpindahan teknologi melalui konferen, simposium, workshop, pameran, penyelidikan dan inovasi
  4. Program internship bagi staf akademik & pelajar

Program pertukaran pelajar outbound/inbound telah dilaksanakan dari 16 Mei 2022 sehingga 11 Jun 2022, melibatkan 6 pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dari Jabatan Teknologi Makanan telah terlibat bagi outbound program. Manakala bagi inbound program pula, seramai 6 pelajar dalam bidang Agroteknologi daripada Institut Brunei Technical Education (IBTE). Program pertukaran ini dijalankan dibawah SEAMEO dimana ianya dijalankan secara atas talian akibat daripada penutupan sempadan negara masing-masing.

Sebagai kesinambungan daripada aktiviti & program yang telah dilaksanakan bersama-sama sebelum ini, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) merasakan sudah tiba masanya mengambil langkah proaktif untuk meneruskan program mobiliti pelajar dengan melibatkan pelajar Jabatan Teknologi Makanan POLISAS bagi memberi peluang dan pengalaman kepada pelajar-pelajar Jabatan Teknologi Makanan mengadakan program dua hala selain mengendalikan aktiviti bersama peserta luar negara.