PRODUCT INNOVATION COMPETITION 2023

TERMA   

 

 

Terma Pendaftaran

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar dari Institut Pendidikan Tinggi Seluruh Brunei, Malaysia Indonesia & Singapura

2. Penyertaan secara berkumpulan EMPAT (4) orang pelajar dan SATU (1) pensyarah penyelia.

 Terma Penyertaan

1. Setiap penyertaan perlu disertakan dengan SATU (1) Produk Prototaip, SATU (1) One-Slide Poster, SATU (1) Video Pembentangan dan SATU (1) Kertas Penulisan/Extended Abstract inovasi mengikut format yang disediakan.


2. Sesuatu rekacipta / inovasi mestilah baharu. Bagi produk / projek inovasi yang telah DIPERTANDINGKAN dan MEMENANGI APA-APA ANUGERAH TERDAHULU MESTILAH MELAKUKAN PENGUBAHSUAIAN KEATAS REKACIPTA / INOVASI TERSEBUT SEBANYAK 70%.

YURAN 

Yuran Pendaftaran

1. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM 200.00/BND 50 bagi setiap penyertaan

2. Bayaran penyertaan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN jika peserta tidak mengambil bahagian dalam pertandingan.

SYARAT DAN PANDUAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Panduan Produk Inovasi

Sesuatu inovasi boleh dikemukakan dalam bentuk sampel komersial, artikel yang telah dikeluarkan, prototaip, model, pelan, lukisan, gambar atau teks.

Panduan Poster Inovasi

1. Poster perlu disediakan oleh peserta dalam bentuk poster fizikal saiz A2 (keadaan portrait/menegak)

2. Peserta boleh memilih sama ada menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dalam penghasilan video atau poster.

3. Format fail untuk penghantaran adalah pptx.

4. Poster boleh mengandungi (dan tidak terhad kepada) kriteria seperti template yang dilampirkan.

5. Peserta hendaklah menggunakan template poster projek produk/inovasi yang disediakan oleh Penganjur.

6. Pastikan poster yang disediakan informatif, mudah dibaca dan senang difahami oleh pembaca.

Panduan Video Pembentangan Inovasi

1.    Video penyertaan perlu disediakan dalam durasi tidak lebih dari 3 - 5 minit sahaja termasuk montaj.

2.    Peserta boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dalam penghasilan video.

3.    Video boleh mengandungi (dan tidak terhad kepada) kriteria berikut:

i.     Gambar / video sampel produk / projek inovasi

ii.    Penerangan latar belakang projek pengeluaran produk / inovasi

iii.   Fungsi dan operasi produk / projek inovasi

iv.   Kos yang terlibat

v.   Nilai komersial produk / projek inovasi

vi.   Pencapaian Produk / Projek Inovasi

4.   Video perlu di muat naik ke channel Youtube dengan meletakkan #PIC2023 dan menghantar pautan link tersebut di link penghantaran.

5.    Produksi video tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif yang boleh mengganggu keharmonian antara ras, budaya, agama, politik dan masyarakat Malaysia dan tidak menghina mana-mana individu, organisasi atau pemimpin.

6.    Setiap video mesti merupakan karya asal peserta dan tidak merompak hak cipta karya lain. Penyertaan akan dibatalkan jika didapati bahawa kerja yang dihantar bukan asal/plagiat.

7.    Sila pastikan bahawa semua muzik yang digunakan adalah bebas royalti. Penganjur tidak bertanggungjawab untuk sebarang tuntutan yang timbul daripada pelanggaran hak cipta.

8.    Sebarang kos / kos untuk pengeluaran video dibayar sepenuhnya oleh peserta. Penganjur tidak akan menerima sebarang tuntutan untuk kos / kos oleh peserta.

9.    Video yang hantar kemungkinan akan digunakan oleh penganjur bagi tujuan perkongsian kepada umum melalui media sosial dan kredit akan diberi kepada pemilik karya.

Panduan Format Penulisan Inovasi/Extended Abstact

1.      Penghantaran lanjutan abstrak/extended abstract adalah wajib bagi semua peserta.

2.      Penulisan extended abstract boleh dibuat dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

3.      Format fail untuk penghantaran adalah word.

4.      Bilangan halaman sekurang-kurangnya 2 - 4 mukasurat termasuk rujukan.

5.    Format dan kandungan penulisan boleh merujuk kepada contoh format extended abstract yang disediakan oleh penganjur.

6.   Peserta perlu menghantar atau muat naik Laporan Turnitin (tidak melebihi 30%) dalam format pdf.

7.   Penulisan extended abstract yang lengkap dan mengikut format yang ditetapkan oleh penganjur sahaja akan diterbitkan dalam e-Prosiding ICAFST 2023.

Panduan Pitching

1.      Semua peserta perlu hadir dan bersedia untuk sesi penilaian juri yang dilaksanakan secara besemuka.

2.      Peserta adalah dikehendaki untuk mematuhi tarikh dan masa yang telah ditetapkan oleh penganjur.

3.      Tempoh Pitching tidak boleh melebihi 2 - 5 minit semasa sesi penilaian bersama Juri.

4.      Peserta boleh memilih sama ada mereka mahu menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris semasa pitching.

5.      Masa dihadkan selama 10 - 15 minit untuk sesi soal jawab.