Pengenalan
Pertandingan Produk Inovasi yang melibatkan pelajar dari IBTE Agro-Technology Campus (ATC) serta POLISAS yang akan berlangsung pada 16 Oktober 2023 hingga 18 Oktober 2023. Program Pertandingan Produk Inovasi ini adalah pertama kali diadakan di antara kedua-dua buah institusi.
Sebelum ini, program dijalankan secara atas talian yang melibatkan kuliah, aktiviti dan lawatan secara maya yang memberikan kejayaan yang besar di antara ke dua-dua institusi. Program ini juga memberi impak dan pengalaman serta pengetahuan yang berharga dalam pelbagai bidang pengajian yang ditawarkan oleh ke dua-dua institusi.
Oleh itu, program kali ini diperluaskan skop aktiviti bagi menyediakan peluang kepada pelajar untuk meningkatkan pengetahuan dan pendedahan dan serta pengalaman kepada pelajar ke dua-dua institusi.
Tema
>> Memacu Inovasi dan Penyelidikan ke Arah Kemampanan Agroteknologi.
TARIKH & TEMPAT
17 Oktober 2023
Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Brunei Darussalam